Current track

Title

Artist

Current show

Layan Petang

2:00 pm 5:00 pm

Current show

Layan Petang

2:00 pm 5:00 pm


Sertai Layan

Kami merupakan organisasi media baharu yang berasaskan platform dalam talian. Buat masa ini, kami bergerak atas kapasiliti sukarela dan minat untuk mewarnai dunia informasi dan hiburan tempatan dan serantau.

Kami turut ingin menjemput anda yang berminat secara sukarela untuk bersama-sama kami dalam pasukan Layan bagi menjalankan tugas-tugas yang ditawarkan.


Penyampai Siaran Layan (Pelayan)

  • Bertugas secara sukarela (tanpa bayaran/upah/hadiah) sebagai penyampai di siaran Layan yang dikenali sebagai PeLayan.
  • Bertugas sekurang-kurangnya tiga (3) kali seminggu.
  • Boleh memilih waktu siaran sendiri* dengan minimum dua (2) jam setiap kali bersiaran.
  • Berminat sebagai penyampai radio dan ingin belajar.
  • Mempunyai pengalaman adalah satu kelebihan.
  • Berfikiran matang, ceria, dan berdisiplin.
  • Mempunyai akses internet yang baik.
  • Mempunyai koleksi lagu yang banyak.
  • Cara operasi dan pengendalian siaran akan dimaklumkan.

Nota
* – tidak bertembung/clash dengan PeLayan lain. Boleh dijadikan jadual tetap jika berminat.


Penulis Artikel Web

  • Bertugas secara sukarela (tanpa bayaran/upah/hadiah) sebagai penulis artikel di laman web Layan.asia.
  • Mempunyai asas penulisan bahan berita/rencana/artikel yang baik.
  • Menyumbang sekurang-kurangnya tiga (3) artikel dalam seminggu.
  • Pelajar jurusan media massa amat alu-alukan sebagai mengisi resuma/cv.
  • Berfikiran matang, ceria, kreatif, dan berdisplin.
  • Mempunyai akses internet yang baik.

Kepada yang berminat, sila hantarkan maklumat diri dan maklumat berkaitan seperti resume dan gambar passport ke emel: layanwebmaster@gmail.com.

Pengambilan dibuka sepanjang masa.

Selamat menyertai kami di Layan.