Current track

Title

Artist

Current show

#LayanKanAje Non-Stop

12:00 am 9:00 am

Current show

#LayanKanAje Non-Stop

12:00 am 9:00 am


Author: adminlayan

Penyanyi dan usahawan Mila Jirin luah rasa syukur apabila beliau kini difahamkan telah mendapat hidayah untuk menutup dan menjaga aurat dengan sempurna di bulan mulia ini. Mila berkongsi berita tersebut di laman Instagramnya malah turut menyatakan hatinya terdetik berbuat demikian selepas membaca dan mentafsir surah An-Nur tempoh hari. “Alhamdulillah, ramadan tahun ini Allah beri hidayah […]

ANGKA korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat sebanyak 5,000 kes dalam tempoh 24 jam. Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melepasi angka 310,000 kes. Menurut statistik Johns Hopkins University, tiga negara kini melepasi angka 30,000. Amerika Syarikat kekal sebagai negara merekodkan kematian tertinggi dan melepasi 88,000 kes. United Kingdom dan Itali […]

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 hari ini, sekali gus menamatkan andaian dan teka-teki mengenai perubahan kerajaan negeri ini. Perubahan pentadbiran kerajaan Kedah sebenarnya berkait rapat dengan kemelut politik negara pada Februari lalu yang menyaksikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada gabungan Pakatan Harapan […]

Semua Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN), PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memberikan sokongan terhadap penubuhan Perikatan Nasional (PN) melalui kerjasama gabungan parti-parti politik. Dalam satu kenyataan bersama hari ini, kesemua presiden dan pengerusi mewakili parti politik masing-masing menjelaskan, ke arah […]

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta rakyat agar terus patuh dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan kerajaan. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya khuatir dengan tindakan sesetengah rakyat yang berdegil malah cuba merentas negeri boleh membawa kepada peningkatan kluster COVID-19 di negara ini. “Kalau SOP tidak […]

BANDAR PERMAISURI: “Mereka dalam perjalanan menghantar kuih raya kepada tok wan mereka yang tinggal di Besut,” kata bapa mangsa, Azman Awang, 58. Namun hasrat empat beradik itu tidak kesampaian apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan kira-kira jam 2.50 petang di simpang Kampung Bintang, di sini. Kemalangan itu menyebabkan Amirah Faqihah, 18, dan Aishah Asmaa, […]

Seramai 220 daripada 222 Ahli Parlimen disahkan negatif COVID-19 sekali gus membolehkan mereka menghadiri persidangan Dewan Rakyat esok. Dua lagi ahli Parlimen tidak menjalani ujian saringan itu kerana sedang menjalani kuarantin disebabkan dikesan sebagai kontak rapat dengan kes positif COVID-19. Seramai 950 orang terdiri daripada Ahli Parlimen, Senator, warga kerja Parlimen serta petugas media yang dijadual berada […]

BEKAS Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengkritik pemimpin negara itu yang mengambil mudah respon oleh rakyatnya susulan penularan pandemik COVID-19. Bagaimanapun, Obama tidak menyatakan mana-mana nama pemimpin yang dimaksudkan dalam ucaptamanya kepada pelajar sekolah menengah yang tamat pengajian bagi tahun ini. Pada masa sama, Obama menggesa agar anak muda agar sentiasa melakukan perkara yang dirasakan […]

“Sangat gembira kerana kami tidak menyangka dapat hadiah daripada pemimpin negara,” kata pasangan suami isteri yang menjadi viral di media sosial dengan video masakan mereka menerusi YouTube. S Pavithra, 28, ketika dihubungi berkata, dia bersama suaminya M Sugu, 29, dikejutkan dengan bungkusan hadiah istimewa daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diterima baru-baru ini. […]