Current track

Title

Artist

Current show

Layan Senjakala

7:00 pm 8:00 pm

Current show

Layan Senjakala

7:00 pm 8:00 pm


Menjelang Aidilfitri: Ramai mahu PKP diperketat berbanding dilonggarkan

Written by on 24 March 2018

Ramai rakyat Malaysia mahu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperketatkan berbanding dilonggarkan terutama ketika musim perayaan, ujar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelasnya, perkara itu diperoleh melalui kajian dibuat Majlis Keselamatan Negara (MKN) selain respon umum yang diterima ketika ini.

Untuk beri lebih kelonggaran, sekarang pun saya tengok kajian dibuat oleh MKN, ramai yang sebenarnya mahu kita perketatkan, bukan melonggarkan.

“Saya juga banyak terima WhatsApp yang bertanya kenapa kita longgarkan dan sebagainya,” katanya dalam sidang media di sini pada Ahad.

Beliau memberi contoh isu ziarah semasa hari raya pertama yang dihadkan seramai 20 orang juga terus diperdebatkan orang ramai yang mahu ia diperketatkan.

“Walaupun satu hari itu (hari raya) 20 orang sahaja maksimum, namun ia berdasarkan juga kepada keluasan rumah dan sebagainya. Itupun apabila kita beri sedikit kelonggaran, ramai yang nyatakan tak boleh sebenarnya beri kelonggaran.

“Jadi, kalau nak banyak lagi nak dilonggarkan, tentu sahaja kita akan menghadapi masalah sebab tujuan kita sekat untuk mengelakkan lebih banyak penularan COVID-19 di kalangan keluarga kita di kampung.

“Jadi kita cuba menyekat (mereka yang cuba pulang ke kampung) supaya jangan yang balik. Ini menjadi penyebar COVID-19,” ujar beliau.

Sumber: Awani